KETAHUI PERANAN OTAK ANDA

Kita sering kali mengunakan otak kanan kita dengan melakukan aktiviti seperti melihat,melukis,imaginasi dan lain-lain lagi.Kali ini saya ingin menceritakan peranan dan kebaikan bermain game untuk penggunaan otak kiri. Jika anda seorang yang suka bermain game ianya adalah bagus untuk kesihatan otak anda.Jika tidak minat cuba-cubalah berjinak dengan permainan game ini, tetapi jangan terlampau sangat nanti terleka kita.Ha ha saya bagi contohlah kenapa kita perlu main game:-
  • Main game boleh mengerakan penggunaan otak kiri.
  • Contoh saya minat main game counter strike
  • Ok bila dah nak main game mestilah kena ada pc
  • Dah lama main kita mesti boring kalau main sorang2
  • Jadi kita pun belajar macam mana nak create network
  • Pastu mulalah godek2 pc
  • Cari cable
  • Cari RJ 45 kalau reti pasang sendiri kalau nak murah costnya
  • Kalau tak reti pun beli cable yang dah siap
  • Patu mulalah godek2 pc nak pasang cable kat network card
  • Bila dah pasang mulah testing pc kita ngan kawan kita
  • Hah tak puas pulak main 2 orang
  • Nak joint ramai
  • Pastu mulalah cari hub sebab nak main ngan lebih ramai lagi
  • Last sekali pc rosak
  • Bila rosak mulah nak repair pc sendiri
Harap pembaca nampak apa yang saya sampaikan ini sebabnya dari pada main game itu kita dapat mendidik otak kita untuk lebih tahu pasal pc dan network serba sedikit..Gunakan anugerah yang diberikan oleh tuhan kita dan digabungkan dengan teknologi yang serba canggih sekarang ini.

APA YANG KITA BUAT DALAM KELAS


Penumpuan untuk 100% didalam kelas adalah mustahil.Akan tetapi ada cara untuk mendapatkan input yang bagus didalam kelas..Sebelum menceritakan caranya saya ingin memberi sedikit pandangan bahawa kita sering kali terlepas pandang setiap contoh apa yang pensyarah terangkan.Kerana contoh yang pensyarah ataupun guru berikan adalah amat penting kerana dapat membuatkan kita lebih memahami sesuatu subjek itu.Ok....cara2nya ialah:-
1. Buat persiapan awal...(Kalau paling cikai pun buat lah 5 minute revision before class)
2. Kalau boleh datang awal supaya diri kita tenang...
3. Dalam kelas pulak kalau dapat duduk kat depan lebih bagus...Tapi kat belakang dan tengah ok jugak yang paling penting fokus...
4. Yang terpenting sekali adalah catit contoh sebanyak mungkin yang diberikan oleh pensyarah kalau sempat ambil semua contoh.
5. Berani bertanya dalam kelas...(ps:You pay the studies fee, 2 ways communication is importance!!..Believe yourself, delete shy2 feeling, communicates with your lecturer nicely and making class attracting to improve your communication skill..)

TIPS

Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia perlulah mempunyai perancangan.Begitu juga dengan pembelajaran.Tips pertama adalah PERANCANGAN.Perancangan penting untuk mendapatkan keputusan serta output yang bagus didalam proses pembelajaran sama ada untuk pelajar sekolah ataupun pelajar IPT..

  1. Sematkan objektif anda kenapa ingin belajar(cth:"Aku nak dapat kerjaya yang baik")
  2. Pilih institusi pengajian anda samada di IPTA ataupun IPTS (cth:"Aku nak belajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor")
  3. Pilih aliran pembelajaran anda(cth:"Aku nak ambil degree in Business Admin & E-Com")
  4. Letakan perancangan masa pendek serta masa panjang...(cth:"Setiap sem aku nak 3.00 pointer keatas","Aku nak grade dalam masa yang ditetapkan oleh institusi aku")...
  5. Sentiasa update@ mengemaskinikan perancangan anda dari semasa kesemasa.
Teknik ini nampak simple tetapi kebanyakan ramai pelajar tersasar kerana tidak pempunyai perancangan awak dan hala tuju didalam proses pembelajaran mereka....

Inspi : "....Dimana kita bermula bukanlah menjadi persoalannya..Yang paling penting adalah bagaimana kita mengendalikannya...."

KONSEP ILMU

Didalam kehidupan seharian,kita menjalankan proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.Proses pembelajaran boleh didapati dengan pergi ke kelas,bahan pembacaan,melalui medium media,alat elektronik serta bermacam-macam lagi...Proses pembelajaran didalam kelas boleh dikategorikan proses mencari dan mendapatkan ilmu secara langsung.Dan diketahui umum ianya satu proses yang merumitkan serta membosankan bagi kebanyakan pelajar-pelajar secara umumnya.Kerana disini kita dapati bahawasanya rata-rata pelajar agak bosan berada didalam kelas.Kenapa ini berlaku?Adakah kerana kita pergi ke kelas kerana dipaksa oleh keluarga?Adakah kita pergi ke kelas kerana desakan serta ajakan teman2 serta sahabat handai kita?Harapnya tidak...Kerana konsep mencari ilmu mestilah IKHLAS, diselitkan dengan KESABARAN dan disulami dengan KEINDAHAN ILMU itu sendiri.........

FAHAMILMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman dan terima ksaih kerana sudi mentelaah serta membaca blog ini.Pendekatan yang dibawakan oleh blog faham ilmu adalah ingin menyampaikan teknik2 pemahaman,pembacaan kepada para orang awam khususnya kepada pelajar-pelajar yang menuntut ilmu samada di sekolah,institusi pengajian tinggi ataupun kepada sesiapa sahaja.Kita semua telah ketahui bahawasanya tuntutan mecari ilmu dituntut oleh agama,untuk yang bukan beragama islam juga mengatahui kepentingan untuk menuntut ilmu.Tapi perbincangan yang hendak dikupas disini sejauh mana cara anda mengaplikasikan serta memahami ilmu yang dituntut oleh anda.Cuba kita fikir sejenak.Adakah kita hanya menuntut ilmu sekadar untuk mengejar kecermerlangang akedemik sahaja?Ataupun mengejarkan title 4 flate?Bila dah dapat kecermalangan didalam peperiksaan lazimnya kita akan lupa apa yang kita pelajari..Benarkah pendapat saya?.Tapi tidak dinafikan ada sebahagian dan segelintir golongan yang dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu...Sepatutnya kita memahami dan mendalami serta mengaplikasikan konsep tuntutan ilmu itu sendiri.Adakah kita mengaplikasiakan ilmu serta pelajaran yang kita pelajari....Fikirlah Sejenak????.....